30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

9,139 dos penggalak vaksin COVID-19 kepada kumpulan sasar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 9,139 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 30,756 selepas dilancarkan, Khamis lalu.

Sementara, sebanyak 207,541 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 48,046,427 dos.

Angka harian vaksinasi itu turut membabitkan 167,136 lengkap divaksin dan 31,266 dos satu.

Ini sekali gus menjadikan 22,934,377 atau 70.2 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Dalam pada itu, 2,306,254 (7.1 peratus) pula belum lengkap divaksin dan 7,578,180 (23.2 peratus) lagi tiada vaksinasi.

Perkongsian sama turut menyaksikan, seramai 940,960 atau 29.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap imunisasi, manakala 1,542,733 (49 peratus) belum lengkap vaksinasi dan 663,807 (21.1 peratus) tiada vaksinasi.

Memetik laporan BH Online, mengenai perkembangan jangkitan COVID-19 pula, 5,434 kes harian dilaporkan, semalam, tanpa kematian baharu.

Sejak COVID-19 melanda negara, jumlah keseluruhan korban telah mencecah 27,993 kes, dengan 5,655 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Kematian itu meliputi 68.6 peratus kes tiada vaksinasi, manakala belum lengkap vaksinasi (21.5 peratus) dan sudah lengkap divaksin (9.9 peratus).

Secara keseluruhan, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan di seluruh negara mencecah 40.3 peratus atau 347 kes; kes aktif di unit rawatan rapi (61.5 peratus atau 679 kes); dan pesakit COVID-19 diwadkan (66.8 peratus atau 1,880 kes).-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan