28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

6,210 kes harian; Sabah, Selangor, NS catat kluster baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian COVID-19 negara kembali lepasi angka 5,000 dengan sebanyak 6,210 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter turut memaklumkan sejumlah 2,413,592 kes kumulatif positif COVID – 19 dicatatkan sehingga kini.

Sementara itu, mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, Selangor, Sabah dan Negeri Sembilan mencatatkan kluster baharu terdiri daripada tiga kluster komuniti, dua kluster tempat kerja dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi, menjadi antara penyumbang kepada 6,210 kes harian negara.

“Enam kluster baharu itu melibatkan Kluster Parit Tiga Belas di Sabak Bernam dan Kluster Industri Jalan Dengkil-Banting di Sepang dan Kuala Langat, Selangor; Kluster Kampung Batu 66 dan Kluster Kampung Bawan di Beaufort, Sabah serta Kluster Taman UA di Jelebu dan Seremban manakala, Kluster Jalan Hutton di Seremban, Negeri Sembilan, “katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Advertisements

Jelas beliau, daripada jumlah 6,210 kes harian yang dilaporkan, terdapat 116 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 6,094 kes (98.1 peratus) kategori satu dan dua.

“Dalam masa sama, sebanyak 7,562 kes sembuh hari ini dengan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,303,583 kes,”katanya.

Ujarnya lagi, sebanyak 677 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 319 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan