25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kes sembuh atasi kes harian COVID-19 hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES sembuh COVID-19 hari ini melebihi kes harian, dengan sebanyak 9,401 kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh negara sebanyak 2,297,289 atau, 95.4 peratus.

Hari ini sahaja kes harian COVID-19 merekodkan sebanyak 5,516 kes.

Dengan pertambahan angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID – 19 negara adalah sebanyak 2,407,382 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 5,516 kes harian yang dilaporkan pada hari ini sebanyak 102 kes (1.8 peratus) adalah dari kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala, sebanyak 5,414 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, daripada kes harian tersebut juga, ia melibatkan 14 kes import dan 5,502 kes tempatan.

Advertisements

“Daripada kes tempatan tersebut, ia melibatkan seramai 5,267 warganegara atau 95.7 peratus dan 235 bukan warganegara atau 4.3 peratus,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan, sebanyak 669 kes melibatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 572 kes disahkan COVID-19 ; 97 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Manakala, sebanyak 333 kes di mana (241 kes disahkan COVID-19 ; 92 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak empat kluster baharu lagi di laporkan hari ini, menjadikan kluster aktif mencecah 614.-Edisi 9



Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan