24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Suami syak isteri terjun Sungai Perak, gerakan mencari dimulakan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita dilaporkan hilang selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Perak berhampiran Jeti Durian Sebatang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada suami wanita tersebut yang mengesyaki isterinya terjun ke dalam Sungai Perak.

Menurutnya, ia berikutan penemuan kereta wanita terbabit berhampiran lokasi kejadian kira-kira pukul 4.30 petang.

“Menurut suami wanita berusia 49 tahun itu, kehilangan isterinya disedari pada pukul 9 pagi setelah didapati tiada di rumah.

“Lelaki itu cuba menghubungi wanita terbabit namun panggilan tidak dijawab sebelum menjumpai kereta yang ditinggalkan di tepi Sungai Perak berhampiran Jeti Durian Sebatang,” katanya di sini hari ini.

Advertisements

Ahmad Adnan berkata, suami wanita itu membuka kereta menggunakan kunci pendua dan menjumpai kad pengenalan beserta dompet milik isterinya.

Menurutnya, lelaki berusia 55 tahun yang mengesyaki isterinya terjun ke dalam Sungai Perak itu membuat laporan polis untuk bantuan.

“Kita diberitahu oleh suami wanita itu yang isterinya mengalami kemurungan dan enggan bercakap sejak seminggu lalu.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula pukul 8 pagi tadi melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Bomba Sukarela,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan