31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Dua anggota polis tidak mengaku salah terima rasuah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA anggota polis dihadapkan di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah, hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan dengan nilai keseluruhan RM500, empat tahun lalu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, tertuduh, Shah Erwan Kasa @ Mansor, 41, dan Andinor Zabidin, 37, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas dua pertuduhan tersebut dibacakan jurubahasa di depan Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharudin.

Pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh yang berpangkat koperal dan koperal sokongan polis dengan niat bersama secara rasuah memperoleh wang tunai sebanyak RM300 daripada seorang lelaki yang kini berusia 28 tahun.

Dua individu berkenaan yang bertugas di Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dekat sini, didakwa menerima rasuah tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki berkenaan serta seorang wanita yang disyaki berkhalwat dalam kereta.

Baca juga:   Datuk, dua penjawat awam antara 83 ditahan di pusat hiburan

Kesalahan rasuah itu didakwa dilakukan pada 26 Mei 2017 kira-kira pukul 12.30 pagi di Jalan Lagenda 3, Sungai Petani, dekat sini.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua, dua anggota polis tersebut didakwa dengan niat bersama telah menerima rasuah sebanyak RM200 daripada lelaki sama sebagai dorongan untuk tujuan sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 12 Jun 2017, antara pukul 9 hingga 9.30 malam di tepi tasik, Jalan Persiaran Perdana Height, Lot 88, Sungai Petani.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sew Ping mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Mohd. Khairul Hafizuddin Ramli.

Baca juga:   Pengedar dadah cuba rempuh anggota polis ditahan

Jika sabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta sama iaitu dipenjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana yang lebih tinggi.

Mahkamah menetapkan jaminan berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh dengan tarikh sebutan semula untuk serahan dokumen pada 22 November 2021.Kedua-dua tertuduh membayar jaminan tersebut.

-EDISI9

Terkini

Kabinet lulus 90.5 peratus, laksana hanya 23.2 peratus – Muhyiddin

KABINET hanya dapat melaksanakan 16 perakuan utama atau 23.2 peratus berkaitan inisiatif-inisiatif yang berorientasikan tindakan (action-oriented) dan segera (immediate)...

Lagi Artikel Berkaitan