27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Rapid KL tingkat kekerapan perkhidmatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Rapid KL akan menambah jumlah kekerapan perkhidmatan rel dan bas kendaliannya bagi menampung jumlah pengguna yang dijangka meningkat mulai hari ini.

Ini berikutan Lembah Klang kini melalui peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sepertimana diumumkan Perdana Menteri kelmarin.

“Sebagai persediaan menghadapi situasi berkenaan, Rapid KL akan meningkatkan kekerapan perkhidmatan rel dan bas.

“Langkah tersebut mampu memberi keselesaan kepada pengguna dengan mengurangkan tempoh menunggu,” kata syarikat itu seperti dilapor RTM.

Rapid KL berkata, prosedur operasi standard (SOP) ketat akan dilaksana bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19.

Katanya, setakat ini, 98 peratus kakitangan Rapid KL sudah menerima vaksin COVID-19.

Syarikat itu menjangkakan akan mencapai kadar 100 peratus vaksinasi pekerjanya pada pertengahan bulan ini. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan