25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Pandu lawan arus: Lelaki dipenjara tiga hari, denda RM8,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pemandu Perodua Myvi kelabu yang memandu melawan arus di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) pada 4 September lalu dikenakan hukuman penjara tiga hari dan denda RM8,000 hari ini.

Hukuman ke atas kesalahan dilakukan juga telah dimasukkan ke lesen pemandu, menyebabkan lelaki berusia 24 tahun itu hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen dalam tempoh lima tahun dari tarikh sabitan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh, selepas tertuduh dibawa ke Mahkamah Trafik Jalan Duta hari ini.

“Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai ejen insuran itu dituduh di bawah Seksyen 42(1)1987 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

“Hasil pertuduhan, pemandu kenderaan motokar tersebut mengaku bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama tiga hari dan denda RM8,000.

“Sekiranya gagal untuk membayar denda, dia akan dipenjara selama 6 bulan,” kata Sarifudin dalam satu kenyataan.

Pada 4 September lalu, EDISI9 melaporkan polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi kelabu yang memandu melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menghala ke Putrajaya yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat anggota Kaunter Pertanyaan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada 1.16 tengah hari berkaitan satu rakaman video memaparkan sebuah kereta dipandu melawan arus.

-EDISI9

Terkini

Parlimen Malaysia, UNDP perbaharui kerjasama sehingga 2025

PARLIMEN Malaysia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bersetuju memperbaharui kerjasama sehingga 2025. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan