25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Semua negeri lepasi 50% vaksinasi penduduk dewasa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kesemua negeri di Malaysia telah merekodkan peratusan populasi dewasa bagi dos kedua suntikan vaksin melebihi 50 peratus, hasil daripada Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan.

Ia menunjukkan perkembangan positif, seterusnya mampu mencapai imuniti kelompok sepertimana yang disasarkan.

Untuk semalam sahaja, seramai 17,480,766 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Jumlah itu bersamaan 74.7 peratus populasi dewasa telah lengkap vaksinasi atau 53.5 peratus populasi keseluruhan.

Manakala, seramai 21,573,348 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 atau bersamaan 91.6 peratus populasi dewasa (65.5 peratus populasi keseluruhan)

Sehingga 13 September, 11.59 malam, sebanyak 38,990,335 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, jumlah pemberian harian dos vaksin negara adalah sebanyak 227,147 dos.

Baca juga:   Majoriti penduduk Sabah memilih bersama Malaysia

Daripada jumlah itu, sebanyak 69,235 bagi dos pertama manakala sebanyak 157,912 dos kedua vaksin COVID-19.

Johor terus merekodkan jumlah pemberian harian vaksin tertinggi dengan sebanyak 10,663 dos pertama dan sebanyak 27,890 dos kedua.

Sementara, Labuan merekodkan pemberian harian vaksin terendah iaitu sebanyak 256 bagi dos pertama dan sebanyak 89 bagi dos kedua. – Edisi 9

Terkini

UMNO adalah rakyat, rakyat adalah UMNO – Ahmad Zahid

UMNO adalah rakyat, rakyat adalah UMNO, tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dalam Facebook, hari ini. Ahmad Zahid berkata, ia...

Lagi Artikel Berkaitan