24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

IPT dibuka secara berperingkat bermula 15 Oktober

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Oktober 2021, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Noraini berkata, kemasukan berkenaan membabitkan pelajar yang telah lengkap vaksinasi bagi semua kategori pelajar dan semua peringkat Pelan Pemulihan Negeri (PPN).

Menurutnya, pengurusan IPT perlu membuat perancangan yang teliti dengan mengenal pasti pelajar dan warga IPT yang telah divaksinasi sebelum memulakan pembelajaran secara fizikal.

“Kemasukan pelajar akan dilaksanakan dengan dua kaedah iaitu pergerakan ke IPT di Semenanjung, pelajar perlu mendapatkan surat kebenaran ke kampus yang dikeluarkan oleh IPT masing-masing.

“Kaedah kedua pula bagi pelajar yang mahu pulang ke kampus di Sarawak, Sabah dan Labuan pula, pelajar perlu mendapatkan surat kebenaran kembali ke kampus yang dikeluarkan oleh IPT masing-masing, surat kebenaran merentas daerah atau negeri dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai dokumen iringan,” katanya dalam pengumuman pengoperasian IPT hari ini.

Advertisements

Noraini berkata, kemasukan ke kampus di negeri-negeri tersebut juga tertakluk kepada SOP yang dikuatkuasakan kerajaan negeri seperti pelaksanaan kuarantin dan ujian calitan Covid-19.

“SOP yang ketat juga perlu diamalkan bagi mengurus pergerakan keluar dan masuk. Hanya pelajar, staf akedemik dan staf bukan akademik yang telah mendapat suntikan dos vaksin lengkap dan melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksin yang dibenarkan masuk ke kampus.

“Bagi pelajar yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan, mereka diminta untuk menghubungi IPT masing-masing untuk penyelarasan,” tegasnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan