32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Ku Li letak jawatan Pengerusi Lembaga Jemaah Penasihat UMNO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tengku Razaleigh Hamzah meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Jemaah Penasihat UMNO susulan kecewa dengan parti itu yang memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Surat peletakan jawatan Ahli Parlimen Gua Musang itu telah diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada 20 September lalu.

Menurutnya menerusi surat berkenaan, tindakan tersebut susulan kecewa dengan tindakan pemimpin parti memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

“Sudah tentu pimpinan yang dipilih dan anggota kerajaan yang mengganti kerajaan gagal telah direstui oleh pimpinan UMNO walaupun rata-rata orang ramai dan akar umbi parti menzahirkan mereka kerana hampir semua jawatan dipenuhi dari kerajaan tersebut.

“Bolehkan mereka ini bantu parti kita tebus kekalahan kita dalam Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) dan akhiri Parlimen tergantung?

“Bolehkah kita bergantung harap kepada mereka ini memberi kemenangan kepada parti kita dalam PRU15 nanti?” katanya.

Bagaimanapun dalam surat yang sama, Tengku Razaleigh turut berterima kasih kepada Presiden kerana memberi peluang untuknya memainkan peranan dalam perjalanan parti itu.

Jawatan Lembaga Jemaah Penasihat UMNO baharu diwujudkan selepas 2018 dan difahamkan jawatan tersebut tiada dalam Perlembagaan parti.

Ini bermakna tiada keperluan bagi UMNO untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Ku Li tersebut. Bagaimanapun perkara itu adalah atas budi bicara Presiden parti.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan