31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kadar vaksinasi pelajar IPT cecah 73% – Noraini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kadar vaksinasi bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara kini telah mencapai tahap 73 peratus hari ini.

Perkara itu dikongsikan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Noraini berkata, ia pencapaian lebih baik berbanding 66 peratus pada 14 September lalu.

“Bagi kakitangan IPT pula,kadar vaksinasi berada pada tahap 91 peratus dan saya melihat perkembangan ini sangat baik dalam usaha kita untuk mencapai sasaran 100 peratus pelajar dan kakitangan IPT yang divaksinasi menjelang akhir Oktober nanti.

“Terima kasih semua yang bertungkus lumus dalam usaha bagi membentuk persekitaran selamat dan imuniti kelompok di kampus,” katanya.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ketika ini sedang bekerjasama dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) melaksanakan Program VACC2Campus bagi meningkatkan jumlah warga IPT mendapat vaksinasi lengkap sebelum kampus di buka pada 15 Oktober ini.

CITF memaklumkan, warga IPT termasuk pelajar dan kakitangan boleh mendapatkan vaksin secara walk-in di mana-mana Pusat
Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.-Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan