31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Kit ujian pantas COVID-19 akan disediakan di semua sekolah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyediakan kit ujian pantas (RTK-Antigen) menggunakan air liur di semua sekolah di seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata kit ujian kendiri itu akan disediakan di sekolah berasrama penuh, sekolah asrama harian dan sekolah harian.

“Bagi sekolah berasrama penuh, ujian saringan akan dilaksanakan tiga kali iaitu ketika pendaftaran, hari keenam dan hari ke-14.

“Bagi sekolah asrama harian, ujian saringan akan dilaksanakan ketika pendaftaran masuk manakala bagi sekolah harian ia sebagai persediaan kalau diperlukan,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat, hari ini, lapor BH Online.

Menyentuh isu sama ada 2,100 guru dilaporkan enggan divaksin akan diambil tindakan, beliau berkata, ia bergantung kepada ketetapan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Baca juga:   Pertandingan empat penjuru di Kemaman

Walaupun guru yang enggan divaksin tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka, katanya, mereka akan diberi tugas lain berdasarkan keadaan semasa sekolah.

“Guru adalah sebahagian daripada penjawat awam dan kita akan ikut pedoman diberikan JPA, bergantung kepada apa yang ditetapkan JPA,” katanya.

Wartawan

Terkini

Principal lancar Dana, pelaburan mampan patuh syariah

PRINCIPAL Malaysia (Principal) memperkenalkan dana pelaburan patuh syariah yang direka untuk memenuhi permintaan pelabur Malaysia bagi pelaburan mampan yang...

Lagi Artikel Berkaitan