23.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

Khaled nak ‘serang’ Muhyiddin biarlah berfakta, bukan auta

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

Oleh MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN.

SAYA mengikuti kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi Facebooknya, semalam.

Khaled terlalu kerap menyerang Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun beliau kini bukan lagi menjadi Perdana Menteri.

Terbaharu, serangan Khaled berkait ucapan Muhyiddin dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelima Bersatu.

Muhyiddin berucap dalam majlis itu menggunakan bahasa Melayu yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

Tetapi nampaknya Khaled susah hendak faham atau buat-buat tidak faham ucapan Muhyiddin. Jadi saya nak bantu Khaled supaya faham.

Muhyiddin kata beliau mesti meletakkan jawatan apabila 15 Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadapnya. Ini fakta.

Tetapi Khaled pusing cerita kononnya Muhyiddin letak jawatan bukan kerana 15 Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan, tetapi sebab rakyat tidak suka kepadanya. Ini auta.

Kajian persepsi awam yang dibuat oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati 92 peratus responden tidak bersetuju Muhyiddin letak jawatan. Jadi rakyat mana yang Khaled cakap ni?

Muhyiddin kata kalau dia tak sokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jadi Perdana Menteri, Pakatan Harapan (PH) dan kumpulan kleptokrat berkemungkinan akan memerintah. Ini pun fakta.

Kalau kita masih ingat, PH plus mempunyai 105 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Jika dicampur 15 Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin, jumlahnya 120.

Nak bentuk kerajaan cuma memerlukan sokongan 111 daripada 220 Ahli Parlimen. (Nota: dua kerusi Parlimen iaitu Gerik dan Batu Sapi kosong). Jadi, kenyataan Muhyiddin ini amat munasabah.

Tetapi Khaled kata Muhyiddin desperate atau dalam Bahasa Melayu terdesak tidak mahu PH memerintah.

Laillahillallah. Mengucap panjang saya. Muhyiddin dah bantu Naib Presiden UMNO jadi Perdana Menteri dan sekat PH daripada jadi Kerajaan, dia kata Muhyiddin terdesak.

Pemimpin jenis apa Khaled ni? Sepatutnya dia ucap terima kasihlah kepada Muhyiddin. Atau memang niat Khaled mahu supaya PH memerintah dalam Jajaran Baru?

Bagi saya kenyataan Khaled ini seolah-olah mengesahkan komplot Jajaran Baru ini.

Jadi, bila Ismail Sabri dengan sokongan Muhyiddin dan Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Perdana Menteri, perancangan mereka gagal. Sebab itulah Khaled tidak puas hati dengan langkah Muhyiddin ini agaknya?

Baca juga:   Derita isi rumah, perniagaan semakin serius – Tok Mat

Khaled kata penolakan Muhyiddin terhadap PH adalah bermusim dan bersifat acuh tak acuh kerana Perdana Menteri yang disokong olehnya, iaitu Ismail Sabri, telah memutuskan untuk bekerjasama dengan PH dan parti-parti pembangkang melalui pendekatan baharu.

Ini merujuk kepada tawaran tujuh perkara Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 10 September lalu.

Khaled M mempertikaikan kenapa Muhyiddin tidak membangkang tawaran yang dibuat oleh Perdana Menteri kepada PH?

Baca juga:   Longgarkan PKP di negeri-negeri kes harian di bawah 100

Allahu akhbar. Lupakah Khaled tawaran yang sama dibuat oleh Muhyiddin kepada parti-parti pembangkang pada 13 Ogos 2021? Jadi kenapa pula Muhyiddin hendak bangkang?

Saya hendak beritahu Khaled. Tawaran ini adalah satu bentuk kerjasama rentas parti di Parlimen atau Confidence and Supply Agreement (CSA). CSA ini tidak sama dengan PH menjadi kerajaan. PH tetap pembangkang.

Cuma ada persefahaman di Parlimen bahawa PH tidak akan kemuka atau sokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen.

Jadi Perdana Menteri dari UMNO ini boleh kekal. Tidak seperti apa yang dibuat oleh 15 Ahli Parlimen dari UMNO terhadap Perdana Menteri dari Bersatu sebelum ini.

Jadi sepatutnya Khaled ucap terima kasih, tahniah dan syabas kepada Muhyiddin kerana beliau konsisten dengan pendirian dan sokongan beliau kepada tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan yang diumum oleh Ismail Sabri akan membolehkan Perdana Menteri dari UMNO ini kekal.

Saya harap Khaled faham penjelasan saya dalam bahasa Melayu yang mudah.

Nasihat saya kepada Khaled, tidak salah untuk mengkritik tetapi biarlah mengkritik secara berfakta, rasional dan bukan secara emosional.

Janganlah terlalu angkuh dan sombong apatah lagi bagi pemimpin yang telah ditolak oleh rakyat dengan kekalahan yang teruk pada pilihan raya umum yang lepas. Elakkan kenyataan politik yang sia-sia!

Fokuslah kepada politik khidmat bakti demi rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini. Bantulah dan dukunglah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri. Sama-sama kita bermuhasabah diri!

* Penulis adalah Naib Presiden Bersatu. Artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkn pendirian Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa menziarahi pusara bekas 'sifu' atau mentor politiknya, Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan