31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Program ziarah kasih alumni UPSI fokus AKSB Labuan

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh NORSYAWANI ZAINI dan NUR AFIFAH ABU TALIB

MUALLIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) masih gah lagi dikenali sebagai sebuah universiti yang menyediakan graduan-graduan yang hebat dan terdiri daripada bakal pendidik anak bangsa.

Menurut Cikgu Shamsul Mandisin yang berasal dari Anak Kimapuk Papar, Sabah, impian ke UPSI sudah terpotret sebagai harapan bagi beliau yang berjiwa seorang pendidik.

Walaupun untuk meneruskan penyampaian ilmu itu sangat mencabar namun ianya tak lekang dek kepahitan yang dilalui.

Ekoran itu, pada tarikh 28 Ogos 2021, Pusat Alumni dengan kerjasama Persatuan Sahabat Alumni Mahasiswa UPSI telah menjalankan Program Ziarah Kasih Alumni AKSB Labuan yang difokuskan kepada alumni di wilayah kepulauan kecil ini.

Program ini juga merupakan program keempat yang dianjurkan oleh Pusat Alumni sebagai inisiatif untuk menyantuni alumni UPSI di seluruh pelosok tanah air.

Kepulauan Borneo yang terkenal dengan aktiviti pelabuhan ini jarang sekali meniti di bibir walaupun ianya mempunyai keindahan tersendiri. Tidak mahir tetapi ingin tahu, tidak kenal tetapi ingin mengenali, itulah yang dikatakan pepatah orang-orang dahulu.

Program ziarah pada kali ini, pihak Pusat Alumni UPSI sangat berbesar hati menerima beberapa tetamu jemputan dari Labuan ini yang terdiri daripada Cikgu Shamsul Mandisin (UPSI 2005), Cikgu Zamri Palen (UPSI 2005), Cikgu Ahmad Radzi Ab Halim (UPSI 2010) dan Cikgu Muhamad Rosyidi Bakri (UPSI 2017).

Kata orang, tetamu bersalam pasti ada tuannya, program ziarah ini juga turut menjemput Pengerusi Majlis Alumni AKSB Kebangsaan iaitu Md Arrif Hairoman yang mana sekali lagi beliau sudi menghadiri program bagi meluangkan masa dan mendengar coretan alumni AKSB Labuan.

Lazimnya, di era pandemik ini, demi menyontek kehidupan para alumni, pertemuan secara maya menjadi pilihan sebagai tempat bersua. Walaupun ianya bertentang mata menggunakan teknologi, tetapi ianya tetap mengukir kenangan yang tak dilupakan dek arus masa.

Dalam pada itu, Cikgu Zamri berkata dengan lembut bicara, peluang ke UPSI amatlah ditunggu olehnya dan diperjuangkan mati-matian bersama rakan seperjuangan.

“Pengalaman yang tak dilupakan adalah pengalaman mengembara mereka jauh dari tanah Labuan ke bumi muallim di mana mereka menaiki lori untuk memenuhi cita-cita mereka di UPSI dan terkena kejutan kerana tol yang tak pernah dilihat mereka sebelumnya,” katanya.

Coretan mereka mencuit hati namun dari situlah mereka berani menuju kejayaan dan menempuhi cabaran.

Tidak dilupakan juga, Cikgu Rosyidi turut berkongsi pengalaman beliau semasa menjadi penuntut di UPSI.

Ujarnya lagi, di akhir tahun beliau menuntut di UPSI, beliau berkesempatan melihat perubahan pembangunan seperti hotel dan kolam renang yang berlaku di kampus baharu di Proton City.

Beliau turut menceritakan tentang Gerai Pak Karim sebagai nostalgia hidupnya di UPSI suatu ketika dahulu.

Sudah dituai padi, pasti ada benihnya. Perkongsian ini bukan sekadar mengungkap kenangan lama dan mengeratkan silaturahim sahaja kerana para tetamu kali ini turut memberi beberapa tips, untuk Anak Kandung Suluh Budiman.

Antaranya termasuklah ‘Utamakan yang lebih utama dalam apa jua hal’, kata Cikgu Radzi dan ‘Cedoklah pengalaman selagi boleh kerana pengalaman itu guru kepada hidup kita’, ujar Rosyidi.

Manakala bagi Cikgu Shamsul dan Cikgu Zamri pula, mereka sepakat mengatakan rezeki itu tidak pernah salah alamat.

Akhir kalam untuk program Ziarah Kasih Alumni Labuan, wakil bagi Pusat Alumni, Raizol Ramli turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan persatuan baharu dalam Pusat Alumni kepada para tetamu jemputan iaitu Persatuan Sahabat Alumni Mahasiswa (SAM) yang dianggotai oleh mahasiswa/i yang masih menuntut di UPSI.

Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada alumni-alumni Labuan atas kesudian mereka meluangkan masa untuk bersama-sama dalam menjayakan program Ziarah Kasih Alumni ini.

Walaupun mereka mempunyai tanggungjawab lainnya dan kekangan tersendiri, namun pada akhirnya mereka tetap mempunyai kesempatan untuk hadir ke program yang dianjurkan.

Di akhir kata pertemuan Ziarah Kasih Alumni kali ini, para tetamu menzahirkan rasa syukur dan berharap agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

  • UPSI mencari alumni AKSB Sabah era SITC, MPSI, IPSI dan UPSI pada program ziarah seterusnya. Kepada alumni yang berminat boleh hubungi Encik Muhammad Zafir ditalian 013-7899337.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan