32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Bekalan peralatan dan perubatan kesihatan tiba di Sabah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Beberapa bekalan peralatan dan perubatan bagi menyokong kelangsungan sistem penjagaan kesihatan selamat tiba di Kota Kinabalu, Sabah hari ini seperti yang dijanjikan kerajaan, semalam.

Bekalan seperti sebanyak 480 silinder oksigen dan regulator, 48 ‘concentrators’ oksigen, puluhan kotak berisi ubat untuk menguruskan pesakit COVID-19 tiba dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perkara itu dikongsikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter beliau di sini.

“Terima kasih pengangkutan kepada @tudm_rasmi,”katanya.

Bekalan peralatan dan perubatan selamat tiba di Kota Kinabalu, Sabah dengan pesawat TUDM.

Dalam masa sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut berkongsi ciapan sama di Twitter beliau.

Advertisements

Katanya, syabas @tudm_rasmi kerana selamat menghantar peralatan dan bekalan perubatan kepada rakyat Sabah!

“@MarkasATM akan terus memainkan peranan aktif dalam tindak balas nasional kami terhadap # COVID19,”katanya.

Terdahulu, Sabah akan mula menerima lebih banyak sumber untuk menyokong sistem penjagaan kesihatannya yang tertekan dari pandemik COVID-19.

Menteri kesihatan mengatakan bahawa bekalan tambahan itu adalah sebahagian daripada strategi kerajaan persekutuan untuk membantu negeri ini mengatasi jumlah kes COVID- 19 yang tinggi dan mengikuti kadar vaksinasi nasional.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan