24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

18,762 kes baharu, menunjukkan trend penurunan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu harian COVID-19 negara, semakin menunjukkan penurunan dengan sebanyak 18,762 kes baharu dilaporkan pada hari ini.

Maklumat itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook di sini.

Beliau berkata, dengan pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1,765,016 kes.  

Katanya, Selangor merekodkan sebanyak 3,711 kes, diikuti oleh Sabah sebanyak 2,430 kes dan Sarawak sebanyak 2,414 kes.  

“Seterusnya, Johor (1,993 kes), Pulau Pinang (1,762 kes), Kedah (1,585 kes), Kelantan (1,504 kes), Perak (899 kes), Pahang (715 kes), Kuala Lumpur (573 kes), Terengganu (506 kes), Melaka (309 kes) dan Negeri Sembilan (291 kes).       

“Putrajaya pula (34 kes), Perlis (33 kes) dan Labuan (tiga kes),” katanya pada Facebook di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi sidang media berkata, kes aktif pula merekodkan sebanyak 265,274 kes termasuk 1,007 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 464 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala, sebanyak 21,073 kes sembuh dilaporkan.

Advertisements

Menurutnya, terdapat 278 kes kematian COVID -19 semalam dengan 65 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan jumlah kes kematian terkini sebanyak 16,942 kes.

“Daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 330 kes atau 1.8 peratus kategori tiga, empat dan lima manakala, 18,432 kes atau 98.2 peratus kategori satu dan dua.

“Sebanyak 8,640 kes atau 46.0 peratus daripada jumlah kes tersebut tiada sejarah vaksinasi, 4,706 kes atau 25.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 5,416 kes atau 28.9 peratus pula lengkap vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pecahan, sebanyak 119 kes kategori lima dengan 82 kes tiada vaksinasi, 51 kes kategori empat dengan 26 kes tiada vaksinasi serta 160 kes kategori tiga dengan 76 kes tiada vaksinasi.

“Sebanyak 10,226 kes kategori dua dengan 4,582 kes tiada vaksinasi manakala, 8,206 kes kategori satu dengan 3,874 kes tiada vaksinasi,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 42 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 22 kluster tempat kerja, 17 kluster komuniti serta masing-masing satu kluster aktiviti keagamaan, institusi pendidikan dan pusat tahanan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan