27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Wujudkan porfolio khas jaga kesejahteraan kanak-kanak

Mesti Baca

CYBERJAYA – Seorang pengguna media sosial hari ini merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mewujudkan satu portfolio khas untuk menjaga hak dan kesejahteraan kanak-kanak di bawah enam tahun.

Pengguna terbabit yang menggelarkan dirinya Ibu Zarah berkata, ini kerana pendidikan awal kanak-kanak kerap terpinggir walhal mereka adalah permata negara dan pemangkin masa hadapan.

“Diharap Datuk Seri (Ismail Sabri) dapat lantik seorang Senator (menteri) dalam kalangan yang ahli untuk menjaga Jabatan Hak dan Kesejahteraan Kanak-kanak di bawah usia 6 tahun,” katanya menerusi ruangan komen di Facebook milik Perdana Menteri hari ini.

Sebelum itu Ibu Zarah atau nama sebenarnya Zaharah Awang terbabit bersama ribuan pengguna Facebook lain turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ahli Parlimen Bera itu yang dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan hari ini.

Zaharah berkata, sebelum ini taman asuhan kanak-kanak (TASKA) diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi jabatan itu mempunyai skop tugasan yang luas.

Antaranya menjaga seluruh kebajikan orang kurang upaya (OKU), pusat jagaan, bencana dan lain-lain manakala Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) pula di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Kalau Datuk Seri lihat TASKA diletakkan bawah JKM yang mana JKM kena jaga seluruh kebajikan OKU, pusat jagaan, bencana dan banyak lagi manakala TADIKA pula dibawah seliaan KPM yang lebih besar tanggungjawab jaga prasekolah, sekolah, sekolah swasta, pusat tuisyen hingga universiti.

“Pendidikan Awal Kanak-Kanak kerap terpinggir walhal kanak-kanak Malaysia adalah permata negara dan pemangkin generasi akan datang. Please (Tolong) Datuk Seri!,” rayu beliau yang turut mendapat sokongan ratusan pengguna lain. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan