30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

3 maut motosikal dirempuh kereta di Sitiawan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tiga maut selepas motosikal ditunggang mereka dipercayai dirempuh sebuah kereta di Kampung Sitiawan, Perak, petang tadi.

Memetik laporan BH Online, difahamkan, seorang individu yang menaiki kereta Proton Preve yang terbabit dalam nahas berkenaan turut cedera dan identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti.

Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh manakala kereta berkenaan dipercayai dari arah bertentangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.28 petang sebelum bergegas ke lokasi.

Keadaan kereta jenis Proton Preve yang terbabas selepas dipercayai merempuh penunggang motosikal di Kampung Sitiawan, Perak. – Sumber: Media Sosial

Menurutnya, operasi yang diketuai Khairul Azizi Kamaruddin itu turut mendapat bantuan daripada BBP Seri Manjung.

“Kemalangan menyebabkan tiga penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian dan difahamkan mereka dari arah Kampung Acheh.

“Kereta berkenaan pula dinaiki tiga individu yang mana seorang individu dikatakan parah dan sudah dibawa ke hospital sebelum bomba tiba,” katanya.

Beliau berkata, kematian mangsa disahkan oleh petugas kesihatan yang hadir ke lokasi sebelum mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan