24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kes harian 22,262, hanya 2.1% kes kategori 3 hingga 5

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Selepas mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi semalam, kes baharu yang dilaporkan setakat tengah hari ini menurun kepada 22,262 kes positif baharu.

Semalam, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 23,564 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini kes jangkitan COVID-19 negara sudah mencecah 1,535,286 kes.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) turut melaporkan sebanyak 18,576 kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 hari ini, menjadikan seramai 1,260,470 pesakit sudah pulih, manakala kes aktif kini 260,880 kes.

“Dalam pada itu, sebanyak 1,035 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 513 kes memerlukan bantuan pernafasan direkodkan di seluruh negara.

“Kes kematian pula mencatatkan sebanyak 223 kes membabitkan 199 warganegara dan 24 bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kematian tersebut sebanyak 35 kes membabitkan kematian di luar hospital (BID) dengan 28 kes rakyat negara ini dan selebihnya tujuh kes merupakan bukan warganegara.

Ringkasan kes kematian harian pada 21 Ogos

Menurutnya, dari segi kluster baharu pula sebanyak 32 kluster direkodkan iaitu 18 kluster tempat kerja, 13 kluster komuniti dan satu kluster keagamaan menjadikan jumlah keseluruhan kluster sejak pendemik COVID-19 tercetus di negara ini sebanyak 4,418 kluster.

“Daripada jumlah kluster baharu itu, tujuh kluster di Kelantan, Johor (6), Melaka (5), Selangor (3), Pahang (3), Negeri Sembilan (2) dan masing-masing satu kluster di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Sabah, Sarawak serta satu kluster keagamaan di Perak.

“Jumlah kluster yang tamat adalah sebanyak 2,983 kluster, manakala, kluster aktif adalah sebanyak 1,435 kluster.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada jumlah kes harianbaharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 469 kes iaitu bersamaan 2.1 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

“Manakala sebanyak 21,793 kes iaitu bersamaan 97.9 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Advertisements

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Status vaksinasi kes COVID-19 harian mengikut kategori

Secara keseluruhan, 18,374 kes iaitu bersamaan 82.5 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5.

Dari segi nilai RT Malaysia, Dr Noor Hisham menyatakan nilainya adalah sebanyak 1.04.

“Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.38), diikuti oleh Sarawak (nilai RT 1.31), dan Sabah (nilai RT 1.23).

“Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, orang ramai termasuk individu yang telah divaksin haruslah patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok.

“Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19.

“Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi.

Beliau menegaskan, perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita sendiri.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan