28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Muhyiddin doakan Ismail Sabri galas amanah sebaik mungkin

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat menggalas kepimpinan negara dengan sebaik mungkin.

Bekas Perdana Menteri itu juga berharap pengganti beliau itu dapat mengemudi negara ke mercu kejayaan terutama dalam memulihkan negara.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu Kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian menerusi hantaran di Facebook setelah menerima kunjungan Ismail Sabri di rumahnya dekat sini petang ini.

Ahli Parlimen Bera itu selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara kira-kira 2.20 petang ini.

Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Kelapan setelah beliau hilang sokongan di Parlimen berikutan tindakan 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap beliau.

Bagaimanapun Muhyiddin berjiwa besar dengan menyokong Naib Presiden UMNO itu sebagai calon tunggal penggantinya sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin juga, selain membawa bersama ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional, turut memainkan peranan menyakinkan ahli-ahli Parlimen GPS agar menyokong Ismail Sabri selain sokongan dari Barisan Nasional (BN).

Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri ketiga yang dilantik dalam tempoh satu penggal dan bukan ketua parti pertama menduduki jawatan sebagai ketua kerajaan.

Di bawah kepimpinan kerajaan Muhyiddin, Ismail Sabri dilantik sebagai Menteri Kanan Pertahanan pada Mac 2020 dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai lalu. – Edisi 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan