25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pelantikan PM baharu diharap hentikan kemelut politik

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Kesembilan diharap dapat menghentikan kemelut politik sebelum ini, kata Setiausaha Agung parti Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurut beliau, parti PN juga berharap pelantikan Ahli Parlimen Bera itu dapat menyatupadukan semua pihak agar kembali fokus kepada agenda membela kebajikan rakyat, terutamanya dalam usaha membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

“Sehubungan itu, semua Ahli Parlimen PN dari Bersatu, Pas dan STAR berdiri teguh bersama Perdana Menteri yang baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yakin bahawa pelantikan beliau dapat memastikan kesinambungan dasar, perancangan serta iltizam kerajaan Perikatan Nasional terutamanya memulihkan negara daripada impak COVID-19 dengan segara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hamzah berkata, parti PN juga merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin yang telah mengetuai tampuk pemerintahan negara dengan amanah, cekal dan beristiqomah.

Ismail Sabri Yaakob menandatangani watikah pelantikan sebagai Perdana Menteri Kesembilan hari ini. – Sumber: FB Bernama

Kata beliau, semua program bantuan rakyat, pakej rasangan ekonomi termasuk perbelanjaan pengurusan COVID-19 yang diluluskan oleh Muhyiddin merupakan bukti keprihatinan beliau yang akan selamanya tercatat dalam sejarah negara.

Advertisements

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata, parti itu yakin melalui kepimpinan Ismail Sabri, semua pihak akan bersatu hati demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara.

Pada masa yang sama, Bersatu turut berbangga dengan Muhyiddin yang juga Presiden parti yang mengamalkan kepimpinan yang berprinsip, telus dan menjunjung keluhuran perlembagaan.

“Keikhlasan beliau untuk mendahulukan kepentingan rakyat terbukti dalam peranan beliau bagi memastikan semua parti-parti komponen PN bersetuju mencalonkan Ismail Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri Kesembilanm,” katanya.

Sehubungan itu, jelas beliau, Bersatu akan menyokong kepimpinan yang berprinsip serta berjiwa besar Muhyiddin untuk terus memimpin dan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu menghadapi cabaran pada masa hadapan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan