34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Velodrom Dungun untuk pembangunan akar umbi – Bekas menteri

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Pembinaan velodrom di Dungun, Terengganu bukan untuk penganjuran perlumbaan bertaraf antarabangsa tetapi bagi pembangunan akar umbi.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, atas sebab itulah pembinaan velodrom pertama di Pantai Timur itu tidak berbumbung, menggunakan trek simen dan tiada tempat duduk penonton.

Beliau yang mencetuskan idea pembinaan velodrom itu pada 2009 berkata, velodrom tersebut sengaja direka sedemikian rupa agar tidak melibatkan kos yang tinggi dari segi pembinaan dan penyelenggaraan.

“Kesilapan kita fasiliti sukan akar umbi selalunya dikaitkan dengan program besar, tempat duduk ramai tapi akhirnya melibatkan kos yang besar dan penyelenggaraan yang tinggi,” katanya kepada Edisi 9 hari ini.

Isu velodrom Dungun kembali hangat diperkatakan setelah kejayaan Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat perak acara keirin temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Rata-rata mempersoal pembinaannya yang tidak mengikut spesifikasi Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) terutama tidak mempunyai bumbung dan tempat duduk penonton.

Shabery yang juga bekas Ahli Parlimen Kemaman mengambil contoh Stadium Nasional Bukit Jalil yang dianggap tidak sesuai untuk bola sepak kerana masalah padang walaupun fasiliti lain bertaraf dunia dan jumlah penonton boleh diisi sehingga 80,000 orang.

Advertisements

“Di United Kingdom, (kelab bola sepak) Brentford yang kalahkan Arsenal semalam mempunyai stadium dengan kapasiti 17,000 penonton sahaja,” katanya sebagai perbandingan.

AHMAD SHABERY CHEEK – Sumber: AstroAwani

Beliau berkata, jika velodrom itu dibina untuk tujuan penganjuran perlumbaan peringkat kebangsaan atau antarabangsa, sudah tentu beliau tidak memilih Dungun sebagai lokasinya.

Lagipun Malaysia sudah ada sekurang-kurangnya dua velodrom bertaraf dunia di Nilai dan Johor Bahru yang kos pembinaannya menelan belanja beratus juga ringgit.

“Semua ini kos beratus juta (ringgit). Penyelenggaraan tinggi, jadi nak masuh berlatih pun nak kenakan bayaran yang tinggi.

“Ini (velodrom Dungun) semua orang kampung boleh datang. Sepatutnya tak ada bayaran. Kalau kerajaan negeri boleh bantu (lantik) petugas kebersihan sahaja,” katanya.

Velodrom yang dicadang dinamakan Veldrom Azizulhasni itu mula dibina pada 2010 tetapi tertangguh beberapa kali termasuk ekoran pertukaran kerajaan negeri.

Velodrom sejauh 333.33 meter itu dijangka dapat disiapkan pada April tahun depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan