26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

UMNO masih main politik isu pelantikan PM?

Mesti Baca

CYBERJAYA – UMNO dilihat masih lagi bermain politik berhubung pelantikan Perdana Menteri apabila sehingga kini hanya 32 Ahli Parlimen yang mewakili parti itu bersetuju untuk menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal.

Manakala 10 lagi Ahli Parlimen berkenaan diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan masih ragu-ragu untuk mempersembahkan seorang nama kepada Yang di-Pertuan Agung.

Sebaliknya, menurut kenyataan Zahid malam tadi, “UMNO telah mengenal pasti beberapa calon” untuk dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda untuk dipertimbangkan.

Beberapa media melaporkan dengan memetik sumber, selain Ismail Sabri, nama-nama lain yang akan dikemukakan UMNO adalah Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Razaleigh Hamzah selain Zahid sendiri.

Difahamkan selain 32 Ahli Parlimen tersebut, Ismail Sabri yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menerima sokongan Ahli-ahli Parlimen dari parti Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu sebanyak 31 orang, Pas (18), GPS (18), masing-masing satu dari PBRS dan STAR serta empat Ahli Parlimen Bebas.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan Ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri ialah 105 orang, namun masih belum mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

Advertisements

“Beliau perlukan sokongan 10 lagi kerusi dari UMNO yang sehingga kini belum menyatakan persetujuan, bagi membolehkan membentuk kerajaan baharu dengan majoriti lebih kukuh iaitu 115 kerusi,” kata sumber itu.

Pada masa yang sama Pakatah Harapan (PH) juga terus menambah sokongan terutama dari parti-parti Warisan dan Pejuang yang masing-masing mempunyai lapan dan empat kerusi di Parlimen.

Sumber itu mendakwa, PH sanggup menjanjikan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri bagi menarik sokongan agar mereka cukup majoriti untuk membentuk kerajaan.

Setakat ini PH sudah mengumpul sebanyak 92 sokongan dan memerlukan persetujuan Pejuang untuk menjadikan kekuatan sokongan mereka 104 dan hanya memerlukan lapan sokongan lagi untuk mencukupkan nombor.

“Masa terus berlalu, PH hanya memerlukan lapan Ahli Parlimen sahaja lagi untuk membentuk semula kerajaan.

“Rakan-rakan komponen dalam PN sudah mula marah dengan kecelaruan sokongan UMNO terhadap Naib Presidennya sendiri. Jika ada antara mereka berpaling arah, maka DAP akan kembali berkuasa bersama PH,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan