27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Terima kasih Bonnie hadiahkan emas untuk Keluarga Malaysia

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada atlet angkat berat negara, Bonnie Bunyau Gustin kerana menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini.

Ismail Sabri menganggap pingat pertama kontingen negara ke temasya itu adalah hadiah untuk Keluarga Malaysia, sekali gus berjaya mengumandangkan lagu Negaraku di Tokyo buat kali pertama.

“Emas Pertama Malaysia! Terima kasih Bonnie Bunyau Gustin kerana menghadiahkan Keluarga Malaysia pingat emas bagi acara powerlifting.

“Anda kebanggaan kami apabila lagu Negaraku berkumandang dan bendera Jalur Gemilang berkibar di bumi Tokyo,” katanya menerusi catatan dalam Facebooknya.

Perdana Menteri turut memberikan penghanrgaan yang sama kepada jurulatih dan kontinjen Malaysia ke temasya tersebut.

Sementara ityu bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut mengucapkan tahniah kepada atlet yang berasal dari Sarawak itu.

Beliau yang akan memulakan tugas di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mulai Isnin sempat membuat panggilan video dengan atlet tersebut.

Baca juga:   10,506 pelajar B40 terima manfaat bantuan pendidikan YPM

“Seluruh Keluarga Malaysia amat berbangga kerana Bonnie berjaya mencapai sasaran dirinya sendiri untuk membawa pulang pingat emas buat negara.

“Bonnie telah berjaya mengangkat nama Malaysia di tahap tertinggi dalam sukan para powerlifting.

“Bonnie juga telah berjaya memahatkan namanya sebagai pemegang rekod dunia dan rekod paralimpik. Tahniah!!,” katanya menerusi ciapan di twitter.

Baca juga:   Ismail Sabri senaraikan sebab beliau lebih layak jadi PM

Reezal berharap kejayaan Bonnie bakal memberi semangat pendorong kepada seluruh atlet yang berjuang #DemiMalaysia di Tokyo pada saat ini.

Ktanya, kisah kejayaan itu juga membawa keceriaan yang dikongsi bersama seluruh rakyat di Malaysia.

Dalam acara tersebut, Bonnie memecahkan rekod Paralimpik yang dipegang Rasool Mohsin dari Iraq pada Rio 2016 iaitu 227 kilogram (kg)dengan angkatan 228 kg dalam percubaan ketiganya pada hari pertama sukan berkenaan berlangsung.

Bagaimanapun, Bonnie tidak berjaya memecahkan rekod dunianya sendiri iaitu 230 kg yang dilakukan pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lepas apabila gagal melakukan angkatan seberat 231 kg dalam percubaan keempatnya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

DBKL gempur 7 pusat pelacuran, operasi ketika Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan