25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Shamsul Anuar letak jawatan menteri Kabinet

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli hari ini.

Ahli Parlimen Lenggong itu berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti.

“Maka, sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberinya peluang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Shamsul Anuar turut menyatakan ucapan terima kasih kepada pimpinan UMNO yang mencadangkan namanya sebagai menteri Kabinet.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

“Tumpuan saya selepas ini adalah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” jelasnya. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan