26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PM mahu rakyat semai sifat prihatin dalam diri

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahukan agar sifat prihatin disemai dan dipupuk dalam diri setiap ahli masyarakat negara ini.

Ini kerana menurut beliau, prihatin amat penting kerana dengan adanya sifat sedemikian kita akan mempunyai empati dengan kesusahan orang lain.

“Bila kita prihatin, kita empati dengan kesusahan orang lain. Bila kita prihatin, kita jaga keselamatan dan kesihatan komuniti kita. Bila kita prihatin, kita bersatu hati memerangi musuh negara,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Malaysia Prihatin merupakan tema sambutan perayaan Hari Kemerdekaan Ke-64 tahun ini.

Ismail Sabri berkata, atas sebab itulah beliau menyeru agar masyarakat mendalami tema tersebut dan memupuk sifat prihatin dalam diri masing-masing

Beliau yakin, dengan adanya keprihatinan dalam diri masyarakat, Malaysia mampu memutuskan rantaian COVID-19 dan terus kekal aman dan makmur.

Perdana Menteri tidak menghadiri majlis sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Pahlawan Putrajaya berikutan sedang menjalani kuarantin wajib kerana ada kontak rapat dengan seorang individu positif COVID-19.

Bagaimanapun beliau mengikuti majlis tersebut secara maya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan