Thursday, July 23, 2026

Jaguh powerlifting, Bonnie hadiahkan emas pertama negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TOKYO – Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gusti melakukan angkatan menakjubkan apabila menghadiahkan emas pertama buat negara pada hari keempat Sukan Paralimpik di sini.

Memetik laporan Bernama, lebih mengagumkan, atlet kelahiran Serian Sarawak itu, turut memecahkan rekod Paralimpik dipegang Rasool Mohsin dari Iraq pada Rio 2016, iaitu 227 kilogram (kg) dengan angkatan 228 kg dalam percubaan ketiganya pada hari pertama sukan berkenaan berlangsung.

Bagaimanapun, Bonnie tidak berjaya memecahkan rekod dunianya sendiri iaitu 230 kg yang dilakukan pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lepas apabila gagal melakukan angkatan seberat 231 kg dalam percubaan keempatnya.

Pingat Perak dimenangi atlet Egypt, Mahmoud Attia manakala gangsa milik atlet Great Britain, Micky Yule.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan