31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Wanita, teman lelaki mengaku salah dera kanak-kanak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita dan teman lelakinya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, tadi, atas tuduhan mencederakan anak kandung perempuan dua minggu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, Tan Meei Yun, 30, dan Chua Wai Hon, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun mahkamah menangguhkan keputusan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh sementara menunggu fakta kes.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama mendedahkan mangsa yang berusia lima tahun kepada bahaya sehingga menyebabkan kecederaan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Bandar Hilir, kira- kira jam 11.30 pagi pada 14 Ogos lalu.

Justeru tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Advertisements

Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Wahidah Mohamad tidak menawarkan sebarang jaminan.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah diberikan kerana mereka tidak bekerja.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Maziah Joary kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dan menetapkan syarat tambahan mereka dilarang mendekati mangsa.

Mahkamah turut menetapkan 29 September depan tarikh untuk fakta dan hukuman keatas kedua-dua tertuduh selain tertuduh juga diminta untuk lapor diri di balai polis berhampiran.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, polis menyelamatkan kanak-kanak perempuan yang disyaki didera ibu kandung dan teman lelaki wanita itu di Bandar Hilir di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kanak-kanak malang itu diselamatkan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ, pada 10.45 malam selepas menerima maklumat awam.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan