32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

28 kes positif COVID-19 di kawasan tragedi kepala air

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 28 kes positif COVID-19 dikesan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Yan melibatkan individu yang tinggal dalam kawasan terjejas dengan tragedi kepala air di Gunung Jerai, Rabu lalu.

Memetik laporan Utusan Online, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Othman Warijo berkata, sebanyak tiga kes telah dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut manakala 10 kes lagi dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Sungai Petani untuk pengawasan lebih rapi.

“Seramai 15 individu lagi yang tidak bergejala serta mengalami gejala ringan, dibenarkan untuk terus tinggal di rumah masing-masing dengan diawasi oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Daerah Yan.  

“Selain itu, terdapat 41 kes diklasifikasikan sebagai individu bawah pengawasan (PUS). Mereka dibenarkan tinggal di rumah masing-masing dengan turut diawasi secara bersepadu oleh pasukan pemantauan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baca juga:   40,290 murid lagi bakal terima komputer riba minggu depan

Othman menambah, saringan ke atas anggota pasukan itu turut dijalankan dengan menggunakan kit ujian pantas (RTK) di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Titi Hayun.

“Seramai 275 individu terdiri daripada pegawai dan anggota bomba, polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Majlis Daerah Yan dan pelbagai agensi lain termasuk malim gunung menjalani ujian saringan itu.

“Kesemua mereka kemudiannya didapati negatif,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, PKD Yan telah mengambil beberapa

Baca juga:   Pasukan jihad perlu fokus faktor harga barang naik - Asyraf

langkah segera bagi memastikan penularan COVID-19 tidak berlaku di kawasan bencana.

Katanya, antara langkah dimaksudkan adalah penilaian kesihatan segera terhadap semua pesakit COVID-19 dan merujuk pesakit berkenaan ke PKRC atau hospital, selain lawatan rumah ke rumah melibatkan semua kes COVID-19 serta PUS.  

“PKOB Yan juga telah membuat ketetapan supaya semua badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam kerja-kerja sukarelawan perlu lengkap divaksin dan membuat ujian saringan COVID-19,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan