25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Ismail Sabri bertemu pemimpin Pakatan Harapan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadhil, turut menyertai pertemuan itu ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Jam 2 petang ini akan berlangsung pertemuan di antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR), Mohamad Sabu (Presiden Amanah), dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri, atas jemputan Pejabat Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Pertemuan itu dipercayai ada kaitan dengan pelawaan Perdana Menteri kepada parti-parti pembangkang untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan jawatankuasa khas menangani COVID-19.

Ismail Sabri dalam ucapan pertamanya sehari selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Kesembilan berkata, kemelut politik yang melanda negara telah menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Sehubungan itu, beliau berkata, kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan termasuk mewujudkan kerjasama rentas parti.

“Justeru, saya ingin menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19,” katanya.

Pelawaan Ismail Sabri disambut positif oleh DAP apabila bersedia mempertimbangkan tawaran tersebut.

Media melaporkan Guan Eng sebagai berkata, pertimbangan itu akan diberikan asalkan pembangkang benar-benar dibolehkan menjalankan fungsi mereka dalam pembabitan tersebut dan bukan hanya untuk mencukupi syarat.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengemukakan pelan kerjasama rentas parti bagi mewujudkan kerajaan yang stabil sebelum beliau membuat keputusan meletakkan jawatannya.

Bagaimanapun pelawaan Pengerusi PN itu dipandang sinis, serong dan menuduh sebagai sogokan politik bagi mengekalkan kuasanya, walhal ia bertujuan mengelak negara terjerumus ke dalam krisis politik sekali lagi ketika pademik COVID-19. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan