25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

22,642 kes baharu harian COVID-19, 265 kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu harian COVID-19 kembali melepasi angka 22,000 dengan sebanyak 22,642 kes baharu dilaporkan hari ini.

Dengan pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1,616,244 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kembali merekodkan kes melebihi 6,000 dengan 6,325 kes dilaporkan.

“Diikuti oleh Sabah sebanyak 3,224 kes dan Kedah sebanyak 2,279 kes. 

“Johor pula (1,832 kes), Sarawak (1,667 kes), Pulau Pinang (1,427 kes), Kelantan (1,424 kes), Perak (1,390 kes), Kuala Lumpur (1,128 kes), Terengganu (744 kes), Pahang (522 kes), Melaka (342 kes) dan Negeri Sembilan (269 kes).

“Perlis (44 kes), Putrajaya (21 kes) dan Labuan (empat kes),” katanya terdahulu menerusi Facebook beliau di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pesakit sedang dirawat dan diasingkan juga terus meningkat dengan 264,292 kes termasuk 1,003 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.

“Manakala, sebanyak 490 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala, 20,798 kes sembuh dicatatkan.

“Terdapat 265 kes kematian COVID -19 lagi dilaporkan pada hari ini yang terdiri daripada 219 warga Malaysia dan 46 warga asing serta sebanyak 69 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID),” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 18,143 kes atau 80.1 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Selain itu, sebanyak 478 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori tiga, empat dan lima, manakala sebanyak 22,164 kes (97.9 peratus) lagi daripada kategori satu dan dua berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID -19.

“Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,”katanya.

Beliau menambah, sebanyak 175 kes adalah daripada kategori lima dengan 150 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sementara, sebanyak 70 kes dari kategori empat dengan 57 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 233 kes kategori tiga dengan 203 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 11,663 kes lagi daripada kategori dua dengan 9,357 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 10,501 kes kategori satu dengan 8,367 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelasnya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 42 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 23 kluster tempat kerja, 13 kluster komuniti, lima kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan kesemuanya melibatkan 1,298 kes.

Tambah beliau, nilai RT Malaysia semalam adalah sebanyak 1.02 dengan negeri mencatatkan nilai RT tertinggi iaitu Perlis (nilai RT 1.28), diikuti oleh Sarawak (nilai 1.22) dan Sabah (nilai RT 1.21).

“Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Negeri Sembilan,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan