29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bersama cari jalan pulihkan negara, titah Tunku Azizah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah agar semua pihak bersama-sama mencari jalan memulihkan negara akibat kesulitan COVID-19.

Dalam masa sama, Seri Paduka turut bertitah agar kualiti hidup kaum wanita, keluarga serta masyarakat sekeliling dapat terus dipertingkatkan.

“Saya berharap masalah dari segi menjana pendapatan, menjamin kesihatan fizikal dan mental, menjaga keselamatan dan mengukuhkan perpaduan dapat diberi perhatian.

“Carilah jalan yang terbaik termasuk penggunaan teknologi untuk meningkatkan mutu kehidupan,” titah Seri Paduka.

Seri Paduka bertitah demikian pada Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan anjuran bersama Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) secara dalam talian, pada Rabu.

Advertisements

Sementara itu, Seri Paduka bertitah, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu, ramai wanita dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah bersama-sama memberi sumbangan dalam membanteras pandemik COVID-19.

Bantuan disalurkan dalam pelbagai bentuk termasuk khidmat kaunseling dan golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta kanak-kanak, titah Tunku Azizah lagi.

Sehubungan itu, Tunku Azizah menzahirkan penghargaan kepada NGO dan barisan petugas hadapan wanita yang bertungkus lumus membantu kerajaan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengenang jasa pekerja wanita khususnya yang berada barisan hadapan terutama para jururawat, doktor, polis dan lain-lain, yang telah menjadi benteng negara dalam memutuskan rangkaian wabak ini dengan penuh ikhlas, amanah, kesungguhan dan semangat juang,” titah Seri Paduka lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan