31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

84 bekas penagih Pondok Remaja Inabah terima suntikan vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA NERUS – Seramai 84 bekas penagih dadah yang sedang menjalani rawatan pemulihan di Pondok Remaja Inabah di sini, menerima suntikan vaksin COVID-19, demi perlindungan terbaik daripada pandemik COVID-19, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Pengetua pusat rawatan tersebut, Shah Amirudin Mohd Usman berkata, kesemua mereka memahami kepentingan vaksin dan sedia menjalankan tanggunjawab sebagai rakyat Malaysia yang prihatin , untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19.

“Justeru, kami daftarkan kesemua 84 nama penghuni di aplikasi MySejahtera menggunakan nombor telefon yang sama. Namun agak sukar untuk kami bawa mereka pergi ke pusat pemberian vaksin (PPV) berdekatan, kerana tiada kenderaan sesuai.

“Selain itu, bimbang juga risiko untuk mereka melarikan diri sekiranya dibawa keluar tanpa kawalan yang ketat kerana masih ada penghuni yang ‘nakal’.

“Mujurlah PPV Integrasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) prihatin dengan kekangan yang kami hadapi dan mereka menawarkan khidmat untuk proses vaksinasi dilakukan dipusat rawatan ini demi keselesaan semua pihak,”katanya lapor Bernama.

Pusat rawatan pemulihan milik persendirian itu yang terletak di Kampung Sungai Ikan di sini, telah beroperasi sejak tahun 1989 dan mendapat pengiktirafan pelbagai pihak berikutan kejayaan cemerlang dalam membebaskan penghuninya dari pengaruh dadah.

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Zack berkata, sijil digital vaksinasi bukanlah ‘tiket’ untuk mereka menikmati kebebasan seperti insan lain, kerana terikat dengan peraturan di pusat pemulihan ketika ini.

“Kami tidak boleh makan di kedai, pergi melancong atau rentas daerah dan negeri. Namun itu bukan tujuan utama yang penting adalah ingin menjaga kesihatan diri sendiri,”katanya yang sudah tujuh bulan menerima rawatan di pusat pemulihan itu.

Sementara itu, Muhammad Afzan Mohamed 41, yang menerima rawatan di pusat itu sejak tahun 2012 dan kini diserap menjadi kakitangan dibahagian pentadbiran, sekaligus membimbing penghuni yang lain berkata, vaksin yang diperolehi pasti bermanfaat kepada penghuni pusat itu sekiranya berurusan dengan pihak tertentu kelak.

“Contohnya, apabila sudah habis rawatan dan ingin memohon kerja dengan majikan baharu, pasti ada syarat yang ditetapkan ialah lengkap vaksinasi, sebab itu saya beri penerangan kepada semua penghuni agar bersetuju dengan saranan kerajaan demi kebaikan diri sendiri.

“Ia usaha kecil untuk menyumbang kepada imuniti kelompok dan pastikan negara pulih seperti biasa secepat mungkin,” katanya.- Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan