29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

75 kes positif, penduduk Pulau Perhentian jalani ujian saringan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA TERENGGANU – Susulan terdapat 75 kes positif di Pulau Perhentian, seramai 1,124 penduduk pulau peranginan itu telah menjalani ujian calitan COVID-19 yang dilaksanakan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sejak Jumaat lalu.

Memetik laporan Bernama, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata proses ujian saringan yang melibatkan hampir 70 peratus penduduk itu dijangka selesai sepenuhnya petang ini.

“Ujian calitan terpaksa dilakukan bagi mencegah penularan jangkitan kerana terdapat 75 kes positif COVID-19 dalam kalangan penduduk di Pulau Perhentian setakat ini.

“Dalam pada itu, sekatan pergerakan keluar masuk pulau juga telah dimulakan sejak Jumaat lepas,” katanya.

Advertisements

Menurut beliau, punca penularan COVID-19 bukanlah jangkitan daripada pelancong sebaliknya disebabkan pergerakan penduduk pulau yang berulang-alik menjalankan beberapa urusan di tanah besar.

“Kesemua penduduk yang positif COVID-19 telah dihantar menerima rawatan di Hospital Setiu serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kem Wawasan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut,”katanya.

Dalam ada itu, Dr Kasemani berkata, bagi penduduk yang disahkan kontak rapat pula telah diberikan arahan supaya kuarantin di rumah dengan pengawasan ketat oleh penguat kuasa kesihatan dan Polis Diraja Malaysia.

Seramai 979 penduduk dan penggiat industri pelancongan di Pulau Perhentian telah menerima suntikan vaksin dos pertama mereka pada 5 Ogos lepas melalui program outreach yang dilaksanakan JKNT. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan