24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

32,212,527 jumlah kumulatif dos vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sejumlah 32,212,527 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin yang diberikan kepada rakyat Malaysia, setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), memaklumkan, daripada jumlah itu, seramai 18,631,593 individu menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 atau bersamaan 57.1 peratus jumlah populasi (79.6 peratus populasi dewasa).

Manakala, seramai 13,580,934 individu telah menerima suntikan dos kedua vaksin, atau bersamaan 41.6 peratus jumlah populasi (58.0 peratus populasi dewasa).

Wilayah Persekutuan Labuan dan Lembah Klang, masing-masing merekodkan peratusan populasi dewasa melebihi 100 peratus bagi suntikan dos pertama dengan 101.4 peratus bagi Labuan dan 109.6 peratus bagi Lembah Klang.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Twitter, semalam, sebanyak 420,164 dos jumlah pemberian dos vaksin harian diberikan kepada penerima. 

Advertisements

“Daripada jumlah itu, sebanyak 155,004 adalah dos pertama manakala 265,160 individu menerima suntikan dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka,” katanya. 

Sementara itu,Johor mencatatkan laporan harian pemberian vaksin tertinggi dengan sebanyak 32,406 bagi dos pertama, manakala sebanyak 38,655 bagi dos kedua. 

Diikuti,Selangor dengan sebanyak 10,100 dos pertama manakala sebanyak 32,028 bagi dos kedua.

Manakala, Labuan merekodkan pemberian dos harian terendah dengan sebanyak 47 bagi dos pertama dan sebanyak 145 bagi dos kedua – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan