30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

56.9% atau seramai 13,315,774 individu lengkap dos kedua

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 56.9 peratus populasi dewasa telah menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19, membabitkan jumlah penerima seramai 13,315,774, sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Manakala, sebanyak 78.9 peratus jumlah populasi dewasa menerima suntikan dos pertama vaksin, membabitkan jumlah penerima seramai 18,476,589, memetik laporan yang disalurkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Semalam sahaja, jumlah kumulatif pemberian dos vaksin yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah sebanyak 31,792,363 dos.

Peratusan Vaksinasi Populasi Dewasa Malaysia.

Daripada laporan itu, lima negeri terus mencatatkan peratusan populasi dewasa melebihi 50 peratus bagi pemberian suntikan dos kedua, dengan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 92.4 peratus; Sarawak (85.4 peratus); Lembah Klang (85.2 peratus); Negeri Sembilan (72.3 peratus) dan Perlis (62.4 peratus).

Manakala, lima lagi negeri merekodkan peratusan populasi dewasa kurang daripada 50 peratus bagi pemberian suntikan dos kedua, iaitu Perak dengan 41.4 peratus; Johor (38.8 peratus); Kedah (38.3 peratus); Kelantan (37.6 peratus) dan Sabah (31.4 peratus).

Advertisements

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Twitter, semalam, sebanyak 396,578 dos jumlah pemberian dos vaksin harian diberikan kepada penerima. 

Jumlah Kumulatif Pemberian Dos Vaksin.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 150,469 adalah dos pertama manakala 246,109 individu menerima suntikan dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka,” katanya. 

Sementara itu,Johor mencatatkan laporan harian pemberian vaksin tertinggi dengan sebanyak 32,989 bagi dos pertama, manakala sebanyak 38,045 bagi dos kedua. 

Diikuti,Selangor dengan sebanyak 10,588 dos pertama manakala sebanyak 32,383 bagi dos kedua.

Laporan Harian Pemberian Dos Vaksin.

Manakala, Labuan merekodkan pemberian dos harian terendah dengan sebanyak 63 bagi dos pertama dan sebanyak 211 bagi dos kedua – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan