27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

465,793 jumlah vaksin, keseluruhan cecah 25,008,230 dos

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 465,793 dos suntikan vaksin COVID-19 telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini mencecah 25,008,230 dos.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 187,495 adalah dos pertama manakala 278,298 individu menerima suntikan dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka.

Daripada laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, seramai 9,048,634 individu atau 38.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Manakala, seramai 15,959,596 individu menerima suntikan dos pertama atau bersamaan 68.2 peratus bagi populasi dewasa.

Sementara itu, Lembah Klang terus mencatatkan pertambahan pemberian vaksin tertinggi dan melebihi 100 peratus bagi dos pertama populasi dewasa dengan 101.6 peratus dilaporkan berdasarkan kepada jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat semalam.

Ia membabitkan jumlah penerima seramai 6,260,353 individu menerima suntikan dos pertama, manakala seramai 3,312,415 individu pula menerima suntikan dos kedua atau 53.7 peratus bagi populasi dewasa.

Dalam pada itu, menerusi laporan harian pemberian vaksin, Selangor terus merekodkan menerima jumlah vaksin tertinggi dengan sebanyak 22,543 individu menerima suntikan dos pertama, manakala seramai 84,985 individu menerima suntikan dos kedua. 

Diikuti Kuala Lumpur dengan sebanyak 8,196 bagi dos pertama, manakala sebanyak dos kedua sebanyak 53,515 dan Johor dengan 29,804 dos pertama manakala dos kedua sebanyak 21,332. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan