33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 25, 2021

UPSI, KRM perkasa pembangunan ragbi dalam talian

Must Read

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

TANJUNG MALIM – Langkah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai Memorandum Persetujuan (MoA) dengan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) baru-baru ini dilihat sebagai inisiatif yang terbaik untuk memperkasa aspek pengajaran dan pendidikan di bawah pembangunan sukan ragbi.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, selaku universiti yang berteraskan pendidikan adalah menjadi tanggungjawab UPSI untuk menyediakan platform yang terbaik bagi penggiat-penggiat sukan ragbi agar dapat dibekalkan dengan ilmu dan persediaan yang mencukupi bagi membantu persediaan pasukan di pelbagai peringkat.

Beliau berkata, hasil daripada perjanjian itu, beberapa siri seminar secara dalam talian giat diadakan selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.

“Siri program dalam talian sentiasa diperkemaskan bagi memberi manfaat kepada penggiat dan komuniti sukan ragbi.

Baca juga:   DUN Sarawak tamat tempoh, PRN tangguh ekoran Darurat

“Turut diadakan Bengkel Latihan Persediaan Pengadil Ragbi Malaysia sebanyak tiga siri dari 12 hingga 14 Julai yang membabitkan panel-panel kepakaran yang terdapat di institusi pengajian tinggi seperti aspek psikologi, aspek pemakanan dan aspek latihan fizikal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut Md Amin, siri-siri yang dijalankan itu juga diharap dapat memberi pendedahan yang terbaik bagi penggiat sukan ragbi untuk diaplikasikan sepenuhnya terhadap pasukan kelak.

“Beberapa program dalam talian yang memberi pengkhususan dalam aspek lain seperti suaian fizikal juga siap dirancang untuk memberi pendedahan dan kesedaran betapa pentingnya aspek ini dalam sukan ragbi,” jelasnya.

Baca juga:   Muzium Pendidikan Nasional UPSI sambut ulang tahun ke-10

Bagi menjayakan aspirasi itu, Pengarah Akademi Ragbi Malaysia, Ahmad Effendy Abdul Razak berpendapat, program-program dalam talian itu dapat membantu komuniti ragbi Malaysia untuk terus menyediakan diri dengan informasi dan ilmu terkini dalam sukan ragbi yang juga diperkemaskini selaras dengan persatuan sukan dunia.

“Saya berharap platform-platform dalam talian seperti ini dapat diteruskan di sepanjang pandemik yang melanda ketika ini agar pengisian program dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penggiat ragbi sekalian seluruh negara,” katanya.

Beliau turut berharap agar pengisiannya berbentuk program yang lengkap dan berinformasi selaras dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hub teknikal yang utama di Asia Tenggara pada masa akan datang. – EDISI 9

Baca juga:   UPSI kebanggaan dunia pendidikan negara - Noraini

Latest News

5 nelayan Vietnam lari lokap berjaya dicekup semula

MIRI - Lima nelayan warga Vietnam tahanan lokap Zon Maritim Miri (ZMM) yang meloloskan diri dari lokap pada pada...

More Articles Like This