26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

KKM diminta senaraikan anak kematian ibu bapa akibat Covid

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) telah diminta untuk menyenaraikan jumlah anak-anak yang kematian kedua ibu bapa atau seorang daripadanya akibat virus Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia kes-kes yang menyebabkan akan berlaku kesusahan kepada anak-anak mereka kerana punca pendapatan hilang.

“Saya telah minta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk mendapatkan kes-kes yang melibatkan kematian kedua ibu bapa atau salah seorangnya (akibat Covid-19) yang menyebabkan akan berlaku kesusahan kepada anak-anak mereka kerana punca pendapatan hilang.

“Selepas ini kalau ada lagi kita akan bantu seperti sekarang ini. Kerajaan sentiasa prihatin kepada apa yang berlaku kepada rakyat,” katanya seperti dilapor Bernama.

Sebelum itu beliau meluangkan masa melawat lapan beradik yang menjadi yatim piatu di Bukit Beruntung, Rawang selepas ibu bapa mereka meninggal dunia kerana Covid-19.

Sementara itu, dalam catatan melalui Facebook, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau amat sedih apabila melihat sendiri mata mereka yang berkaca dan wajah yang menyimpan kepiluan kerana kehilangan ibu bapa disayangi.

Baca juga:   Tiada kematian COVID-19 di Labuan dan Putrajaya

“Kerajaan akan terus membantu serta memberi penumpuan kebajikan anak-anak Allahyarham Benyajeed Bernie.

“Boustead Holding Berhad, anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil mereka sebagai anak angkat dan akan membiayai pengajian anak-anak Allahyarham sehingga berumur 18 tahun. 

“Selain itu, salah seorang anak Allahyarham bernama Muhammad Muzzakir pula akan ditawar bekerja secara tetap di Boustead,” katanya.

Baca juga:   'Tahniah Wai Ching kembali ke status nombor satu dunia'

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, bantuan-bantuan lain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan lain-lain juga turut memberikan perhatian demi menjaga kebajikan anak-anak Allahyarham.

Difahamkan, bapa mereka, Benyajeed Bernie disahkan meninggal dunia pada 16 Julai manakala ibu, Noraini Ibrahim meninggal dunia dua hari kemudian iaitu pada 18 Julai. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan