28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

46.7 peratus penduduk dewasa Malaysia telah divaksin – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 46.7 peratus daripada jumlah penduduk dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos sehingga semalam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Perdana Menteri, daripada jumlah sebanyak 21.8 peratus telah menerima suntikan penuh vaksin COVID-19 sebanyak dua dos.

“Alhamdulillah semalam, kita telah berjaya mencapai kadar vaksinasi harian tertinggi setakat ini iaitu 507,050 dos.

“Ini menjadikan jumlah individu yang telah menerima dos pertama sehingga semalam ialah 10,920,862 dan sejumlah 5,104,054 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Muhyiddin berkata, pencapaian tersebut selari dengan sasaran yang ditetapkan dan sudah semestinya perlu dipertingkatkan lagi supaya sasaran 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksinasi lengkap berjaya dicapai.

Kata beliau, dengan vaksinasi, kerajaan dapat membantu mengurangkan beban kes di hospital dan mengurangkan kes-kes jangkitan yang teruk, seterusnya melancarkan usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara.

Advertisements

“Terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan terhadap PICK terutamanya kepada petugas-petugas barisan hadapan dan sukarelawan PPV (Pusat Pemberian Vaksin) yang membantu melancarkan pelaksanaan program ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah pemberian vaksin harian COVID-19 tertinggi semalam, sebanyak 335,977 daripadanya menerima suntikan dos pertama manakala 171,073 bagi dos kedua.

Selangor mencatatkan jumlah pemberian vaksin COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 95,278 dos pertama, manakala 35,944 dos kedua.  

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), merekodkan jumlah pemberian kumulatif bagi dos pertama dan kedua sehingga semalam adalah sebanyak 16,024,916 dos.

Liputan jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga terus meningkat dengan sejumlah 4,434,069 dos pertama, manakala 1,469,246 dos kedua.

Sementara itu, Sabah masih merekodkan pemberian jumlah populasi dos kedua terendah dengan 9.6 peratus dilaporkan manakala 14.3 peratus dos kedua berdasarkan pecahan jumlah populasi pemberian dos vaksin COVID-19 setakat semalam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan