31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PIKAS: 230,000 pekerja sektor pembuatan terima dos pertama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seramai 230,000 pekerja sektor pembuatan telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 dibawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) setakat ini.

Menerusi perkongsian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Twitter memaklumkan, setakat ini, terdapat 32 PPV PIKAS yang beroperasi.

“Sebanyak 14,933 syarikat telah berdaftar di dalam PIKAS.

“Bagaimanapun, setiap PPV dibawah PIKAS, perlu melalui audit yang ketat oleh MITI dan Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) terlebih dahulu sebelum dibenarkan beroperasi,”katanya.

Terdahulu, memetik laporan media, kira-kira 1.9 juta dos vaksin COVID-19 diperlukan bagi menjayakan pelaksanaan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) menjelang akhir September depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, jumlah tersebut termasuklah jaminan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin iaitu sebanyak 600,000 vaksin diperuntukkan ke dalam program PIKAS pada bulan hadapan.

“Ia diikuti dengan sebanyak 600,000 dos vaksin lagi pada bulan Ogos dan seterusnya sejumlah 795,000 vaksin pada bulan September.

“Kita perlukan pada bulan Julai sebanyak 600,000 dos vaksin, pada bulan Ogos sebanyak 600,000 dos lagi dan 795,000 dos vaksin pada bulan September,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan