34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

420 orang ditahan langgar SOP PKP semalam

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seramai 420 orang ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 332 individu dikompaun, 82 orang direman manakala enam orang lagi individu telah dijamin.

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 68,921 pemeriksaan semalam.

“Ia melibatkan 3,989 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 18,351 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang PKP,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan menambah, pasukan keselamatan turut menahan seramai lima pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sebuah kenderaan darat dalam Op Benteng semalam.

Ismail Sabri menambah, Op Benteng yang melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 890 sekatan jalan raya (SJR) semalam.

Menurut beliau, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.

“Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 68,921 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 18,351 orang.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,556 buah kilang, 11,369 premis perniagaan, 416 tapak pembinaan dan 145 buah asrama penempatan pekerja.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 25 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” jelasnya.

Ismail Sabri turut mengumumkan pelaksanaan PKP Diperketatkan di beberapa lokaliti di seluruh negara mulai 23 Julai hingga 5 Ogos ini.

Lokaliti-lokaliti terbabit adalah Taman Merpati, Sandakan, Sabah; Felda Jengka 12, Jerantut, Pahang; Kampung Belangkap, Rompin, Pahang dan Kampung

Sementara itu, PKPD dilanjutkan mulai 23 Julai hingga 5 Ogos di Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan, Sabah dan Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.

PKPD di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan; Kuarters Pekerja Malaysia-China Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan, Pahang; Taman Kurnia Jaya dan Taman Pinggiran Golf di Kota Bharu, Kelantan; Kampung Sungai Imam, Tawau, Sabah; Kampung Lembising dan Kampung Dumpil Keramat di Putatan, Sabah; Kampung Balibata, Beaufort, Sabah serta Kampung Pintasan, Kota Belud, Sabah akan berakhir esok. – EDISI 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan