31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pesan Chong Wei kepada Zii Jia boleh hilang ‘stress’

Mesti Baca

MAYBE lepas ni cari tempat training kat Melaka. Dengar kata training kat situ boleh dapat emas Olimpik.”

Gurauan bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kepada Lee Zii Jia bukan sahaja membuatkan pemain perseorangan itu boleh hilang penat, kita yang membacanya pun boleh hilang stress.

Memang lucu juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini ketika merujuk seorang atlet angkat berat wanita Filipina yang meraih emas Olimpik pertama untuk negara itu hasil berlatih selama hampir setahun di belakang sebuah rumah di Jasin, Melaka.

Pesanan itu disampaikan Chong Wei menerusi Facebooknya yang ditujukan kepada Zii Jia selepas pemain utama negara itu tewas kepada jaguh China, Chen Long di peringkat 16 dalam acara perseorangan lelaki badminton Sukan Olimpik, semalam.

Dalam aksi semalam, Zii Jia, 23, mudah pada set pertama berjaya mengimbangi Chen Long, 32, apabila menang 21-8 namun pemain China itu bangkit melawan di set kedua dan menang 21-19.

Memasuki rubber-set pemain berpengalaman itu kembali menemui rentak dan mudah menundukkan Zii Jia 21-5 sekali gus menafikan impian pemain negara untuk mara ke peringkat seterusnya.

“Usah kecewa sangat. It was a really good performance. Satu Malaysia tahu anda telah cuba sedaya upaya,” kata Chong Wei setelah Zii Jia memohon maaf kerana gagal membawa pulang pingat untuk negara.

Chong Wei berkata, beliau memahami perasaan pemain dari Kedah itu yang cemas pada saat genting memandangkan ini adalah Olimpik pertama Zii Jia.

Chong Wei bersama Cheng Long bersama pingat yang dimenangi semasa di Olimpik Rio 2016. – Sumber: Carian internet

“Semalam game I rasa dari segi power, speed and teknik, Zii Jia memang mengatasi Chen Long. Mungkin yang kurang, adalah cemas pada saat-saat penting. Olimpik pertama kot, siapalah tak cemas? Game Chong Wei time first Olimpic pun tak kemas,” katanya.

Malah bekas juara dunia itu yakin apabila Zii Jia sudah mempunyai lebih banyak pengalaman, dia akan mudah menjinakkan Cheng Long.

“Chen Long bukan calang-calang defending champion. Muka jer innocent tapi mamat tu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.

“Yang penting, dongakkan dagu teruskan usaha. Next Olympic 3 tahun saja. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya ‘ditangguhkan’,” katanya.

Cheng Long merupakan pemain yang menggagalkan usaha terakhir Chong Wei untuk meraih emas di Sukan Olimpik ketika mereka bertemu di final Olimpik Rio 2016. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan