24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pembatalan Ordinan Darurat tak jejas Akta 342 – KKM

Mesti Baca

CYBERJAYA –  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan pembatalan Ordinan Darurat tidak menjejaskan pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342)

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata,  KKM pewartaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 adalah di bawah Subseksyen 11(1) Akta 342, dan memberikan kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk mengisytiharkan mana-mana lokasi sebagai kawasan tempatan jangkitan.

Menurut KKM, perintah itu pertama kali dikuatkuasakan pada 18 Mac tahun lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dengan setiap negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia telah ditetapkan sebagai kawasan tempatan jangkitan.

Susulan itu, perintah berkenaan yang sepatutnya tamat pada 1 Ogos, kini dilanjutkan hingga 31 Disember.

Advertisements

Kata kenyataan tersebut, ini bagi menjelaskan kekeliruan antara Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dengan Pengisytiharan Darurat yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang pembatalan Ordinan Darurat yang dibuat ketika darurat tidak akan menjejaskan perjalanan Akta 342 yang sedia ada untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit,” kata kenyataan itu.

KKM berkata, perintah itu juga berkuat kuasa bersama peraturan yang dibuat di bawah Subseksyen 11(2) termasuk arahan Ketua Pengarah dan peraturan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN).

‘’Perintah berkenaan telah diwartakan dan merupakan dokumen awam yang boleh diakses melalui portal Jabatan Peguam Negara. Susulan itu, semua pihak diminta tidak membuat tafsiran tersendiri dan tidak tepat bagi mengelak salah faham dan kekeliruan,’’ kata kenyataan berkenaan.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan