25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

23 lokaliti dikenakan PKPD, 22 daripadanya di Sabah

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebanyak 22 lokaliti di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad ini hingga 14 Ogos.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata di Sabah ia melibatkan enam lokaliti di Tawau iaitu Bandar Sabindo, Kampung Rancangan Sungai Tongkang, Taman Kukusan, Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman Jalan Apas, PPR Sri Semarak dan Taman Berjaya.

“Lima lokaliti di Keningau turut dikenakan PKPD melibatkan Kampung Bariawa Laut, Kampung Baitah, Kampung Panagatan Ulu, Kampung Kota Ayangan dan Rumah Kongsi Jutaya Lingkudau,” katanya dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini.

Selain itu, PKPD melibatkan tiga lokaliti di Kudat iaitu Kampung Seri Aman, Taman Orkid dan Kampung Damaran Banggi serta tiga lagi di Sandakan iaitu Kampung Lupak Meluas Darat, Kampung Sundang Laut serta Flat Taman Sejati.

Dua lokaliti di Kota Kinabalu pula ialah Taman Sempelang serta Kampung Sembulan Tengah dan Lama, selain Kampung Tempasuk 1 di Kota Belud, Kampung Tengah Padang di Putatan dan Kampung Babagon di Penampang juga dilaksanakan PKPD untuk tempoh sama.

Hishammuddin berkata satu lokaliti di Pahang pula ialah Kampung Tanjung Kerayong di Mentakab.

Sementara itu, beliau berkata 67 premis diarahkan tutup serta-merta semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19.

Menurut kenyataan itu, pada masa sama 228 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dengan 222 daripadanya dikompaun manakala enam lagi direman. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan