26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Pemberian vaksin turunkan kes serius Covid-19 – Muhyiddin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, data-data menunjukkan kes-kes Covid-19 yang serius mencatat penurunan yang ketara dengan pemberian vaksin.

Perdana Menteria berkata, contohnya, dalam kalangan kumpulan warga emas (60 tahun ke atas), trend kemasukan ke Hospital Sungai Buloh bagi kes positif kategori 4 dan 5 telah mengalami penurunan melebihi 50 peratus dalam tempoh sebulan yang lepas. 

‘’Kumpulan warga emas adalah fasa 2 dalam pemberian vaksin Covid-19 dan kini impak positif pemberian vaksin ini mulai dapat dilihat,’’ katanya dalam kenyataan melalui Facebook.

Muhyiddin berkata, bagi petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang  telah menerima vaksin Covid-19 lebih awal lagi didapati hanya 1.26 peratus dalam kalangan petugas KKM dijangkiti Covid-19 selepas lengkap divaksinasi. 

‘’Sebanyak 99.8 peratus daripada mereka pula hanya mengalami gejala ringan atau tidak bergejala dan tiada yang mengalami Covid-19 kategori 5.

‘’Satu lagi contoh ialah Labuan, iaitu tempat di mana varian delta mula dikesan di negara kita. Kerajaan telah mengambil tindakan segera dengan menambah bekalan vaksin untuk Labuan.  Hasilnya, jumlah kes positif dan kes kematian akibat Covid-19 di Labuan telah dapat dikurangkan dengan peningkatan kadar vaksinasi,’’ katanya.

Baca juga:   Statistik penjawat awam enggan vaksin tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Beliau berkata,  penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan bahawa lebih 90 peratus kes positif Covid-19 di negara ini adalah dalam kategori satu dan dua agak melegakan kita.

‘’Ini bermakna, kebanyakannya adalah tidak bergejala atau bergejala ringan yang mampu untuk pulih semula,’’ katanya.

Baca juga:   Vaksin kepada swasta, kerajaan negeri pada fasa 3 dan 4

Perdana Menteri turut menegaskan, pengumuman Menteri Kesihatan Datuk Ser Dr.Adham Baba dan Menteri Penyelarasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin semalam yang akan memastikan semua 6.1 juta populasi dewasa di KL dan Selangor akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos ini adalah tindakan segera kerajaan menangani kenaikan kes di kedua-dua negeri itu.

‘’Melalui pelaksanaan ‘Operation  Surge Capacity’ itu, ia melibatkan pemberian vaksin pada kadar 1.3 juta dos sehingga 25 Julai ini  dan 1.3 juta dos lagi antara 26 Julai hingga 1 Ogos.

‘’Sehingga kini, 3.5 juta populasi dewasa di Selangor dan KL telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin,’’ katanya.

Bagaimanapun kata Muhyiddin, beliau telah mengarahkan KKM supaya lebih bersedia untuk menerima kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital dan memberikan rawatan yang terbaik. 

”Ini memandangkan dunia sedang mencatatkan trend kenaikan kes-kes Covid-19 dengan kemunculan varian-varian baharu yang lebih ganas. Kita semua sedang berusaha untuk melawan Covid-19. Kita mesti sentiasa tabah dan cekal untuk terus lawan dan lawan,” katanya.

Baca juga:   2,437 kes baharu Covid-19, 10 kematian dilaporkan

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan