30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

12,528 kes baharu COVID-19, 98% kategori 1 dan 2

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu COVID-19 hari ini, masih melepasi angka 12,000 dengan sebanyak 12,528 kes baharu dilaporkan.

Dengan pertambahan jumlah kes baharu tersebut, menjadikan jumlah kes positif COVID -19 sejak melanda negara tahun lalu, mencecah 905,851 kes.

Semalam, kes baharu harian COVID-19 merekodkan sebanyak 12,541 kes.

Berdasarkan kes mengikut kategori daripada jumlah kes harian baharu COVID-19 hari ini, kategori 1 (tiada gejala) merekodkan sebanyak 6,840 kes bersamaan 54.6 peratus.

Sementara itu, kategori 2 yang merupakan gejala ringan merekodkan sebanyak 5,468 kes dengan 43.6 peratus, kategori 3 (radang paru-paru) dengan 112 kes (0.9 peratus) dan kategori 4, pesakit yang memerlukan bantuan oksigen sebanyak 44 kes (0.4 peratus).

Selain itu, bagi kategori 5, pesakit yang kritikal dan memerlukan pengunaan ventilator sebanyak 64 kes dengan (0.5 peratus).

Pada keseluruhannya 98.2 peratus kes hari ini berada pada kategori 1 dan 2.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan pengurangan kes pada hari ini iaitu sebanyak 4,985 kes, berbanding 5,512 kes semalam.

“Bagaimanapun, kes baharu COVID-19 di Kuala Lumpur meningkat sebanyak 198 kes dan masih melepasi angka 1,000 dengan 1,740 kes dilaporkan.

“Manakala, Negeri Sembilan sebanyak 1,280 kes, penurunan sebanyak 339 kes berbanding semalam,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, Kedah pula merekodkan sebanyak 701 kes diikuti Sabah (647 kes), Johor (625 kes) dan Melaka (569 kes).

Baca juga:   Rosmah diperintah bela diri kes rasuah projek solar
Baca juga:   Situasi COVID-19 Malaysia masih belum stabil

“Lain-lain, Perak (428 kes), Pulau Pinang (396 kes), Sarawak (388 kes), Pahang (317 kes), Kelantan (211 kes) dan Terengganu (177 kes).

“Selebihnya, Putrajaya (41 kes), Labuan (22 kes) dan Perlis (satu kes),” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan media berkata, sebanyak 28 kluster baharu telah dikenal pasti terdiri daripada 19 kluster tempat kerja, enam kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pendidikan lain.

“Kluster tersebut ialah Kluster Jalan Langsat Choh (30 kes), Kluster Jalan Penaga 18 (11 kes), Kluster Jalan Keluli Empat (46 kes), Kluster Perindustrian PLO 34 (12 kes), Kluster Lorong Perusahaan 10 (16 kes), Kluster Lorong Jelawat (31 kes) dan Kluster Lorong Perusahaan 8B (57 kes).

“Selain itu, Kluster Lorong Perusahaan Baru Tiga (17 kes), Kluster Saujana Putra Satu (75 kes), Kluster Industri Alam Perdana (49 kes), Kluster Industri Saujana Teratai (14 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Batu View (141 kes) dan Kluster Jalan Limau Purut (23 kes),” katanya.

Tambah beliau, kluster lain ialah Kluster Tapak Bina Jalan Awan Besar (270 kes), Kluster Industri Jalan Usaha 13 (29 kes), Kluster Industri Lot 11 Tangga Batu (150 kes), Kluster Industri Lot Lima Batu Berendam (34 kes), Kluster Industri Jalan TJ Utara (48 kes) dan Kluster Industri Chembong (60 kes).

“Selebihnya ialah Kluster Kampung Tanjung Tok Sadang (12 kes), Kampung Bujuk (14 kes), Kluster Kampung Kepas (tujuh kes), Kluster Rantau Melor (tujuh kes), Kluster Jambatan Liawan (45 kes), Kluster Bedup Longgo (25 kes), Kluster Lorong Chinniah (16 kes), Kluster Paya Datuk (58 kes) dan Kluster Jalan Seri Tawar (12 kes), “katanya.

Baca juga:   Pengemis mati tertiarap depan bank positif COVID-19

Dalam pada itu, beliau berkata, pesakit yang sedang dirawat dan diasingkan juga terus meningkat kepada 119,814 kes dengan 908 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 425 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, terdapat 138 kes kematian COVID -19 lagi dilaporkan hari ini sekali gus merupakan angka tertinggi.

Baca juga:   Tabung WTP digandakan, bantu golongan rentan

“Daripada jumlah itu, 10 daripadanya warga asing manakala, kesemua kes terdiri daripada 89 lelaki dan 49 wanita serta 18 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID),” katanya.

Selain itu, berdasarkan data kebolehjangkitan kelmarin, Dr Noor Hisham memaklumkan, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.19 dengan negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi ialah Putrajaya (nilai RT 1.31).

“Negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Terengganu (nilai RT 1.25), Negeri Sembilan (nilai RT 1.21), Kedah (nilai RT 1.20), Selangor (nilai RT 1.19), Melaka (nilai RT 1.18), Kuala Lumpur (nilai RT 1.17) dam Pulau Pinang (nilai RT 1.14).

“Lain-lain, Kelantan (nilai RT 1.11),Pahang (nilai RT 1.10), Perak (nilai RT 1.10), Sabah (nilai RT 1.09) dan Johor (nilai RT 1.08),” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas mufti luah syukur Sittah Annur bertaubat

CYBERJAYA - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan