31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

MITI lipatgandakan pembukaan PPV Penggunaan Umum

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan melipatgandakan pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Penggunaan Umum menerusi Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) COVID-19 diwujudkan di negara ini.

Setakat ini sebanyak 12 PPV PIKAS Penggunaan Umum beroperasi di seluruh negara manakala 22 lagi PPV PIKAS di Tapak.

Menerusi perkongsian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Twitter, langkah itu diambil bagi mempercepatkan program pemberian vaksin kepada pekerja industri.

Dalam pada itu, katanya, seramai 28,596 pekerja sektor pembuatan telah menerima dos kedua vaksin COVID-19, sekaligus telah melengkapkan penerimaan suntikan vaksin dibawah PIKAS setakat ini.

“Manakala, seramai 298,306 pekerja sektor pembuatan telah menerima dos pertama,” katanya.

MITI sebelum ini memaklumkan terdapat dua jenis PPV di bawah PIKAS iaitu PPV Penggunaan Umum membabitkan pusat konvensyen dan pameran termasuk hotel, manakala PPV Di Tapak pula dibuka di premis kilang.

Baca juga:   Kadar dividen KWSP 2020 dijangka 'memuaskan'

Melaka mempunyai dua PPV PIKAS iaitu di kilang Texas Instruments dan Infineon Technologies, kedua-duanya di Batu Berendam, di sini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

13 kontena di Northport Pelabuhan Klang musnah

SEBANYAK 13 buah kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran dekat Northport, Jalan Pelabuhan Utara...

Lagi Artikel Berkaitan