34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kerajaan gagal atau tidak, apakah penting kepada rakyat?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh SAIFUL BAHAR MOHD ARSHAD

MINGGU ini dalam satu pungutan suara, seramai 350,000 orang telah memberi maklum balas dengan 273,000 atau 78 peratus menyatakan bahawa kerajaan telah gagal.

Manakala 77,000 atau 22 peratus lagi menyatakan kerajaan tidak gagal. Undian ini melibatkan satu angka yang amat besar.

Walaupun angka-angka ini tidak mengambarkan sokongan orang ramai terhadap kerajaan hari ini tetapi ia jelas memperlihatkan bahawa gerakan mengunakan hashtag ‘Kerajaan Gagal’ berjaya mencapai matlamat mereka.

Portal berita Free Malaysia Today memainkan berita ‘kerajaan gagal’ ini dalam satu laporan bertajuk ‘On the lips of many but ‘Kerajaan Gagal’ won’t matter, says analyst‘ dengan memeting pandangan Oh Ei Sun, seorang felo Singapore Institute of International Affairs.

Sama seperti ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila naratif yang sama digunakan iaitu ‘Kerajaan gagal kerana skandal kewangan 1MDB. Kita tukar kerajaan sekarang’.

Impak kempen ‘Kerajaan Gagal’ ini sekiranya tidak dibetulkan segera akan menyukarkan gabungan Perikatan Nasional (PN) untuk menang PRU-15 dan mempertahankan kerajaan sedia ada.

Kerusi-kerusi yang dimenangi Bersatu adalah di kawasan majoriti Melayu yang dibantu oleh undi-undi dari Pakatan Harapan (PH) dengan 15 hingga 20 peratus pengundi Cina dan India di kawasan Melayu, yang menyokong calon parti itu.

Keadaan ini berkemungkinan besar tidak akan berlaku lagi pada PRU-15, apabila PH dan Bersatu sudah berpisah daripada gabungan politik yang terdahulu.

Advertisements

Manakala, kerusi-kerusi Parlimen Bersatu yang dahulunya kerusi UMNO, adalah kerusi-kerusi tradisi UMNO seperti Jeli di Kelantan, Tasik Gelugor di Pulau Pinang dan Larut di Perak.

Mampukah, calon-calon Bersatu mempertahankan kerusi-kerusi Parlimen mereka bersandarkan kepada kekuatan personaliti mereka di kawasan-kawasan Parlimen tersebut?

Sebagai contoh, mampukah Datuk Seri Mustapa Mohamed mempertahankan kerusinya di Jeli, atau Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Larut?

Tanpa gabungan parti-parti Melayu di Semenanjung iaitu Bersatu, UMNO dan Pas, orang Melayu akan berada dalam kerugian yang amat besar dalam PRU-15.

Apabila tiga parti ini tidak bersama dan bersengkata, maka PH kelihatan meraih peluang untuk merampas semula kuasa kerajaan di peringkat Persekutuan.

PH akan menggunakan parti Amanah sebagai kenderaan mereka meraih sokongan orang Melayu di Semenanjung. Manakala dengan adanya dua lagi parti Melayu iaitu Pejuang dan Putra, orang Melayu bertambah berpecah.

Di Sarawak, GPS pasti akan menang kira-kira 21 kerusi Parlimen, bermakna di Semenanjung, satu-satu gabungan parti politik itu perlu menang 95 kerusi Parlimen untuk memerintah.

Jika 21 kerusi dimenangi GPS dicampur dengan 95 kerusi dari gabungan parti Melayu di Semenanjung ia sudah cukup untuk memperoleh majoriti mudah!

  • Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad adalah pemerhati politik. Tulisan ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan