Thursday, July 23, 2026

Keputusan STPM 2020 sedikit menurun, 741 calon PNGK 4.00

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020, sedikit merosot, dengan 741 calon mendapat Pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)4.00 berbanding 802 calon pada 2019.

Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Wahid Razzaly berkata, bagaimanapun, peratusan golongan B40 bagi pencapaian itu meningkat kepada 74.76 peratus atau 554 calon berbanding 73.19 peratus (587 calon) pada 2019.

“Secara keseluruhannya, PNGK Nasional STPM 2020 meningkat 0.01 peratus daripada 2.77 pada 2019 kepada 2.78.

“Daripada 741 calon yang mendapat PNGK 4.00, 23 calon telah mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil dan 718 calon telah mendapat 4A dalam mata pelajaran yang diambil,” katanya ketika pengumuman keputusan STPM 2020 yang diadakan secara maya di sini.

Beliau berkata, namun, dari segi pencapaian calon secara keseluruhannya, pencapaian calon STPM 2020 dianggap masih sama, dengan pencapaian calon STPM 2019 kerana perbezaan peningkatannya yang sangat kecil. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan